Wednesday, August 24, 2011

Perasaan Bangga Diri

Salam,

Hari ini aku rasa happy dalam diam dimana aku terdengar ada staff lain interested nak bekerja dalam unit aku. Definitely, Ia adalah satu personal achievement for my career this year....hehehe. Ada orang nak kerja dengan aku!! Macam Pak Lah lak (Bukan bekerja dengan saya, tapi bekerja bersama-sama saya) :)


Apapun aku nak cari orang yang ada kualiti dan passion so that tak susah nak kerja di kemudian hari nanti.


Aku perlukan new staff dalam tempoh 3 minggu ini. Insyallah, yang datang nanti mungkin terbaik.

Tuesday, August 23, 2011

Minggu Terakhir Raya

Pejam Celek, Pejam Celek...dah sampai minggu terakhir raya. Apa yang menyeronokkan minggu ini adalah waktu persiapan untuk berhari raya. Dekat office aku nie dah sibuk dah membeli kuih raya, dah mula nak tukar duit raya dan yang paling riuh adalah menggantungkan kad-kad raya yang tak tahu sapa pengirimnya (style lama diaorang nih :). Buatlah special sikit hehehe

Akupun tak beli apa-apa cuba baju melayu yang ditempah di Penang. Harap Ok! Kuih raya tak beli langsung. Mungkin beli sikit kot untuk dibawa pulang ke Penang.

Harap tahun lebih seronok dari tahun lepas. Tahun lepas waktu raya biasa saja tapi cover balik selepas raya ke-5 sudah berangkat ke Europe. Tahun program beraya dengan family wife di Kuala Kangsar. Ramai giler nanti time nie...:)

Ok, aktiviti terakhir aku minggu ini nak cari beberapa baju untuk berhari raya. Walaupun tak pasti baju itu nak pakai masa raya atau hari-hari lain. Tapi sengaja nak habiskan duit. Kata orang shopping waktu raya baru feel raya tu.

Jumpa nanti lagi!



Friday, August 12, 2011

Beriadah

As'salam

Alhamdulillah Syukur Nikmat kepada Mu Ya Allah

Aku sudah tidak berkerja Ya Allah, maka pada hari ini sehingga minggu depan aku mahu bersamaMU Ya Allah. Aku mahu beriadah menghirup udaraMu, Menikmati kejadianMU, melihat ciptaanMu untuk aku mengenal & bermuhasabah diatas kebesaran & keagunganMu Ya Allah.

Aku akan Mula berkerja ditempat baru pada 13/12/2011 Ya Allah, jadikan tarikh ini adalah tarikh dan hari yang bertuah untuk diingati, dikenangi & dibanggakan untuk tempoh setahun yang akan datang. Aku mahu melangkah tahun 2012 dengan hati yang tenang, penuh keazaman, penuh kesyukuran kepadaMu Ya Allah. Maka aku berdoa akan tahun 2012 mendapat sinar & harapan baru pada Mu Ya Allah.

Amin