Wednesday, November 26, 2008

Mass Vacation

Start on 23 & 24th Nov, my company declared mass vacation for all of us especially DLP. So that tambah lagi 2 hari O/R, jadilah 3 hari 1/2...emm...lamanya cuti. Cuti dalam paksa. Ingat kan boleh lah simpan cuti tu untuk masa2 akan datang tapi terpaksa guna juga.

So during the days, I betul2 ambil masa untuk relax, tidur, menonton, surf Internet etc. Apa lagi yang buat aku buat cuti2 nie.

Memang ada pro & contra nya...tapi apa boleh buat dah kerja ngan orang cam tu lah kan!

Wednesday, November 12, 2008

Tiredness

Last day kerja pagi hari nie...memang tired giler...

Sorry la nak support esok...

Byeeee

Sunday, November 2, 2008

Halloween Party at Sunway

Percaya tak! Pada 31st hari tu, I went to Sunway Lagoon to celebrate Halloween Party. Aku masuk free sbb kak ipar bagi oopss...jgn marah aa.. Harga asal RM55. Mahal gak!...Rasa jahil sangat kan! Em...bukan sambut sangat sgt pun we just look around bagaimana specialnya party nie. Pada pengamatan aku party ni agak special & more happening kalau kita ikut serta dengan custom and dengan cara yang betul.

I, my wife and 2 friendz joined this party-sedikit boring at the beginning stage mungkin time tu orang tak ramai lagi. Kita orang sampai pukul 10:30pm...kira awal lah gak...jenuh menunggu nak bagi orang ramai sikit dan sambil kitarong pusing2 store jualan, jual macam2 benda barang hantu...rasa aku, tak pernah terpikir langsung akan ada jualan semacam ni. Nasib Islam tak sambut benda pelik mcm nie kalau tak membazir lagi lah nampaknyerr! Wife aku nak make-up macam hantu, aku tak kasi...[jgn over yer baby...] cukup setakat tu jer...

Sambil2 tu aku take some pictures with a few hantu dengan diaorang punya custom, ok gak seram...nyer...[pictures tak dapat nak publish sbb semua gambar tu kat hp wife aku]. Kalau ada masa nanti aku lot 1 2 pic buat tatapan kalian

Dalam 12am, baru rasa enjoy sikit sebab music & a lot of people dah start dancing...dance...& dancing...caca merba...tak lame lepas tu kita orang blah ler dalam pukul 1:30am.

-nasib baik tak terminum air haram tu, mujur ringan mulut tanya kat budak tuuu...kalau dak mlm tu pening ler smpai pagi. My friendz...korang dah terminum...apa rasa? sedap...manis...




Saturday, November 1, 2008

Start on 28hb-31hb Oct aku betul2 tesion kerja. Ada saja benda nak kena buat itu dan ini. Follow up itu dan ini. Ya Allah berikan ku Kekuatan dan Semangat. Maklum lah kasi can member sambut Deepavali & sorang lagi tu nak kahwin...

Balik rumah jer...tidur tak sedar diri. Bangun pagi malas giler nak bangun, rasa setiap pagi tu macam nak ambil mc. Terpaksa la kuat kan semangat dan paksa diri untuk bangun.

Keratan ini aku copy paste untuk dikonsi bersama:

Seandainya anda berhasrat membaiki penampilan agar lebih bermaya dan ceria, cuba hindari tekanan atau belajar mengendalinya cara lebih baik. Dr Ronald G Nathan, penulis buku The Doctor's Guide to Instant Stress Relief mencadangkan beberapa pendekatan menghilang atau mengurangkan tekanan sama ada di pejabat atau di rumah.
LEBIH SANTAI DI PEJABAT
I . Berlagak seperti pengarah
Bayangkan seolah-olah anda pengarah filem. Jalan ceritanya ada kaitan dengan hidup anda. Pastikan sama ada masalah yang sangat menekan jiwa anda itu perlu dimuatkan dalam 'skrip' filem ini. Jika 'ya', beri arahan kepada diri anda sendiri agar bijak mengendalikan watak. Jangan biarkan diri terlalu ditimpa perasaan sehingga menjejas 'jalan' cerita lain dalam hidup anda.
2. Menjerit
Menurut Dr Dave Rainham daripada Pusat Kesihatan Optima, Ontario, menjerit sekuat-kuat hati berkesan melegakan fikiran bermasalah kerana ia melampiaskan tenaga negatif yang terkurung di dalam badan. Akan tetapi jangan lakukan di tempat terbuka kerana mungkin menimbulkan tanggapan buruk. Sebaik-baiknya kurung diri dalam bilik/sudut terasing, sembam muka pada kusyen dan menangis atau menjerit sekuat hati.
3 . Tarik nafas lega
Belajar kawal perasaan tertekan Sendainya anda perlu menghadiri mesyuarat penting - punca tekanan - tarik nafas panjang dan duduk diam di meja beberapa minit untuk menenangkan fikiran sebelum menyertai mesyuarat.
4 . Lakukan perkara mudah
Lakukan tugasan mudah dan menyeronokkan untuk melupakan masalah serta melegakan tekanan. Misalnya, jika tanggungjawab menyediakan kertaskerja projek baru memeningkan, ketepikan seketika. Lakukan tugas lain dahulu. Misalnya, menganalisis jualan atau merangka strategi promosi barang baru. Apabila fikiran sudah lega, barulah anda sambung tugas terbengkalai.
5 . Rancang cara berfikir
Menurut Pakar Perunding Penta biran New York, Heather Brightor' orang yang bijak mengatur cara berfikir jarang diserang tekanan kerana se suatu tindakan terkawal terhasil daripada cara berfikir yang terancang. Hanya orang yang tidak pandai merancang cara berfikir sering, melakukan tindakan atau perkara sesu'ka hati. Kesannya, mereka sering terjebak dengan masalah dan jika dibiarkan akan, menjadi tekanan.
6. Berani berterus-terang
Jangan terlalu cepat menyanggupi tugasan diberi jika anda sudah mempunyai timbunan kerja yang perlu dibereskan. Berani berterus-terang akan menyelamatkan anda daripada masalah dan tekanan.
7. Tetapkan had pekerjaan
Jangan terlalu ghairah menyiapkan timbunan kerja sehingga mengabaikan mutunya. Justeru, usah buka terlalu banyak fail sehari. Jika anda berjaya menyiapkan satu tugasan selepas jam 3.00 petang, rehat sebentar. Kemudian semak semula tugasan itu. Baiki sebarang kesilapan sebelum meletakkannya diatas meja ketua. Ia akan mengurangkan tekanan kerana kerja anda lebih kemas dan lengkap.