Friday, December 30, 2011

Interview Insan Terpilih

As'salam

Syukur Alhamdullillah Kehadrat Illahi



Ya Allah kau berilah hambamu pandangan 'makrifat' untuk aku memilih bakal pekerja yang berwibawa, berkebolehan dan berdikari untuk dia bergerak dengan sendiri. Harapku Ya Allah, pekerja ini nanti akan memberi pulangan yang menguntungkan oleh syarikat dan Dr Azimuth. Insyaallah.


Yang lebih penting lagi Ya Allah, pekerja ini nanti tidak menjatuhkan reputasiku yang memilihnya. Tinggi rasa hormatnya & beretika dalam tingkahlakunya.


Ya Allah berilah hambamu ini membuat pemilihan yang tepat.


Amin


Saturday, December 17, 2011

~Rahmat Di Sebalik Luka Ku~

As'salam

Syukur Alhamdulillah kehadrat Illahi

Pertemuan ini Ya Allah untuk mengunggap dan memanjat syukur pada Mu, Ya Allah, aku telah mendapat perkerjaan yang bersesuaian dengan jiwa aku. Telah pulih dari lemah dan tidak bermaya atas kesilapan dan ketamakkan sendiri. Namun aku bersyukur kerana ia dapat mengajar pada aku supaya lebih berhati-hati di masa hadapan.

Ya Allah, jawatan ini memberi peluang untuk aku menjadi pelatih, pengajar dan coordinator untuk melatih potensi peniaga dan individu-individu yang berminat untuk membuka perniagaan. Di samping itu Ya Allah, aku bersyukur ia dapat menajamkan skill dan meningkatkan daya kepimpinan di satu bidang yang lain.

Harapan aku Ya Allah, ia dapat meningkatkan aku menjadi individu berguna dan insan yang lebih baik, berkeyakinan tinggi dan juga menjadi seorang yang lebih dinamik. Aku tahu Ya Allah, ia bukan perkara yang mudah, tetapi aku bermohon pada Mu agar permudahkan usahaku dan perkenankan permintaan ini.

Amin

Tuesday, December 13, 2011

Creative

As'salam

Alhamdullilah Syukur Nikmat Kehadrat Illahi

Ya Allah hambamu memohon darimu otak yang cergas, otak yang kreatif, otak yang bijak untuk aku menjana kuasa minda agar aku dapat memanfaatkan keperluan sebagai umat Mu, pekerja terbilang & gemilang. Aku memohon agar otakku sebijak para nabi. Jika tidak hampir dekat kepada kepandaian mereka Ya Allah.

Dengan permulaan kerja esok, harapan aku Ya Allah aku dapat memahami konsep kerja, tuntutan kerja, jangkaan yang dimahukan oleh majikanku Ya Allah. Ya Allah Aku memohon padamu agar ia menjadi satu permulaan yang baik dan diakhiri juga dengan baik.

Ya Allah dugaan ini dimana-mana, cuma aku mohon dari Mu Ya Allah agar ia dimudahkan dan ringankan beban ini.

Ya Allah berikan petunjuk dan hidayah Mu.

Amin

Sunday, December 11, 2011

Tutti Frutti

As'salam

Alhamdullillah Syukur Nikmat Kehadrat Ilahi

Dengan kesempatan masa, ruang dan wang, alhmadullilah :) aku & isteri telah merasa makan dan menikmati keenakkan Tutti Frutti telah tercapai untuk sekian lama teragak-agak mengambil masa.

Tetapi bukan itu yang hendak dikatakan disini, ia adalah berkaitan restoran itu sendiri yang mempunyai potensi untuk aku memcuba membuka perniagaan franchise seumpama ini suatu hari ini. Dengan kehendak Mu Ya Allah, aku telah bertemu dengan seorang kenalan yang telah pun membuka perniagaan ini. Jadi, aku telah memulakan bicara untuk lebih kenal konsep dan jenis perniagaan ini.

Aku memohon pada Mu Ya Allah, agar impian & cita-cita ini menjadi kenyataan dengan redha Mu Ya Allah. Hamba memohon agar ia menjadi kenyataan dan bukannya tinggal angan-angan.

Ya Allah, kau makbulkan permintaan hambamu ini.

Amin

Friday, December 9, 2011

BerBaiat

As'salam

Alhamdulillah Syukur Nikmat Kehadrat Mu Ya Allah

~ Aku sudah berbaiat :) Alhamdulillah (Arab: بيعة‎ atau بَيْعَة) Aku berjanji untuk memberi ketaatan pada Mu Ya Allah. Peliharalah diriku ini agar baiah ini adalah kekal abadi untuk Mu Ya Allah. ~

Amin

Wednesday, December 7, 2011

Tukar Kerja & Tukar Kerja Lagi

As'salam,

Alhamdullilah syukur nikmat kehadrat Ilahi,


Pertemuan kali ini adalah untuk memanjat syukur dan berterima kasih kepada redha Mu Ya ALLAH aku telah mendapat hadiah baru dari Mu setelah berdoa & berdoa agar mendapat sebuah habuan yang mungkin mendesak kepada Mu Ya ALLAH untuk mendapat kerja yang lebih terjamin, selamat, dan sesuatu yang boleh dibuat oleh aku sendiri. Yang mungkin boleh dicapai, dihasratkan & diinginkan oleh aku sendiri. Permohonan ini Ya ALLAH adalah untuk ku, isteriku & kedua-ibubapa.


Aku berdoa & terus berdoa agar permintaan ini ditunai dengan secara. Maaf agak mendesak! tetapi itulah hakikatnya Ya Allah, apabila perjalanan hidup ku dibumi Mu ini dikhianati orang, ditipu, rendah akhlaknya & kurang sikap kemanusiaannya maka ada manusia yang sanggup melakukan sesuatu diluar jangkaan.


Cukup untuk aku katakan padaMu Ya Allah, apa-apa yang berlaku hari ini adalah kehendakMu untuk membalasnya.


Masuk minggu ke-3 aku telah mendapat perkerjaan baru dengan Insan yang bernama Dr. Azimuth. Harapan aku Ya Allah perjalanan career kali ini dan disini berjalan dengan lancar dan baik peraturannya.

Wednesday, August 24, 2011

Perasaan Bangga Diri

Salam,

Hari ini aku rasa happy dalam diam dimana aku terdengar ada staff lain interested nak bekerja dalam unit aku. Definitely, Ia adalah satu personal achievement for my career this year....hehehe. Ada orang nak kerja dengan aku!! Macam Pak Lah lak (Bukan bekerja dengan saya, tapi bekerja bersama-sama saya) :)


Apapun aku nak cari orang yang ada kualiti dan passion so that tak susah nak kerja di kemudian hari nanti.


Aku perlukan new staff dalam tempoh 3 minggu ini. Insyallah, yang datang nanti mungkin terbaik.

Tuesday, August 23, 2011

Minggu Terakhir Raya

Pejam Celek, Pejam Celek...dah sampai minggu terakhir raya. Apa yang menyeronokkan minggu ini adalah waktu persiapan untuk berhari raya. Dekat office aku nie dah sibuk dah membeli kuih raya, dah mula nak tukar duit raya dan yang paling riuh adalah menggantungkan kad-kad raya yang tak tahu sapa pengirimnya (style lama diaorang nih :). Buatlah special sikit hehehe

Akupun tak beli apa-apa cuba baju melayu yang ditempah di Penang. Harap Ok! Kuih raya tak beli langsung. Mungkin beli sikit kot untuk dibawa pulang ke Penang.

Harap tahun lebih seronok dari tahun lepas. Tahun lepas waktu raya biasa saja tapi cover balik selepas raya ke-5 sudah berangkat ke Europe. Tahun program beraya dengan family wife di Kuala Kangsar. Ramai giler nanti time nie...:)

Ok, aktiviti terakhir aku minggu ini nak cari beberapa baju untuk berhari raya. Walaupun tak pasti baju itu nak pakai masa raya atau hari-hari lain. Tapi sengaja nak habiskan duit. Kata orang shopping waktu raya baru feel raya tu.

Jumpa nanti lagi!



Friday, August 12, 2011

Beriadah

As'salam

Alhamdulillah Syukur Nikmat kepada Mu Ya Allah

Aku sudah tidak berkerja Ya Allah, maka pada hari ini sehingga minggu depan aku mahu bersamaMU Ya Allah. Aku mahu beriadah menghirup udaraMu, Menikmati kejadianMU, melihat ciptaanMu untuk aku mengenal & bermuhasabah diatas kebesaran & keagunganMu Ya Allah.

Aku akan Mula berkerja ditempat baru pada 13/12/2011 Ya Allah, jadikan tarikh ini adalah tarikh dan hari yang bertuah untuk diingati, dikenangi & dibanggakan untuk tempoh setahun yang akan datang. Aku mahu melangkah tahun 2012 dengan hati yang tenang, penuh keazaman, penuh kesyukuran kepadaMu Ya Allah. Maka aku berdoa akan tahun 2012 mendapat sinar & harapan baru pada Mu Ya Allah.

Amin