Tuesday, August 23, 2011

Minggu Terakhir Raya

Pejam Celek, Pejam Celek...dah sampai minggu terakhir raya. Apa yang menyeronokkan minggu ini adalah waktu persiapan untuk berhari raya. Dekat office aku nie dah sibuk dah membeli kuih raya, dah mula nak tukar duit raya dan yang paling riuh adalah menggantungkan kad-kad raya yang tak tahu sapa pengirimnya (style lama diaorang nih :). Buatlah special sikit hehehe

Akupun tak beli apa-apa cuba baju melayu yang ditempah di Penang. Harap Ok! Kuih raya tak beli langsung. Mungkin beli sikit kot untuk dibawa pulang ke Penang.

Harap tahun lebih seronok dari tahun lepas. Tahun lepas waktu raya biasa saja tapi cover balik selepas raya ke-5 sudah berangkat ke Europe. Tahun program beraya dengan family wife di Kuala Kangsar. Ramai giler nanti time nie...:)

Ok, aktiviti terakhir aku minggu ini nak cari beberapa baju untuk berhari raya. Walaupun tak pasti baju itu nak pakai masa raya atau hari-hari lain. Tapi sengaja nak habiskan duit. Kata orang shopping waktu raya baru feel raya tu.

Jumpa nanti lagi!



No comments: