As'salam
Alhamdulillah Syukur Nikmat kepada Mu Ya Allah
Aku sudah tidak berkerja Ya Allah, maka pada hari ini sehingga minggu depan aku mahu bersamaMU Ya Allah. Aku mahu beriadah menghirup udaraMu, Menikmati kejadianMU, melihat ciptaanMu untuk aku mengenal & bermuhasabah diatas kebesaran & keagunganMu Ya Allah.
Aku akan Mula berkerja ditempat baru pada 13/12/2011 Ya Allah, jadikan tarikh ini adalah tarikh dan hari yang bertuah untuk diingati, dikenangi & dibanggakan untuk tempoh setahun yang akan datang. Aku mahu melangkah tahun 2012 dengan hati yang tenang, penuh keazaman, penuh kesyukuran kepadaMu Ya Allah. Maka aku berdoa akan tahun 2012 mendapat sinar & harapan baru pada Mu Ya Allah.
Amin
No comments:
Post a Comment