Tuesday, October 21, 2014

Supervisor

Aku seorg supervisor

Ada saja yg tak kena ngan supervisor, supervisor macam nie lah, macam tu lah..., begitu lah beginilah...

Apapun aku tetap akan jadi diri sendiri yang bekerja sebagai supervisor. Comment yang baik kita ambil, yg tak baik lantak lah. Kalau rasa nak kerja ngan aku kena lah ikut cara aku. Kalau tak nak berhen

Takdir & Ikhtiar



Kalau hidup tanpa dugaan bukan lah namanya manusia. Manusia dan dugaan umpama isi dengan kuku. Manusia dan dugaan bagai telah ditakdirkan oleh Allah yang pasti tidak boleh lari.


Tap, aku perlu sabar dan redha jika ia telah ditakdirkan dan ditentukan olehNYA. Mahu andai aku untuk lari dari masalah, dugaan, ujian hidup tetapi apakan daya... Namun ujian hidup yang telah ditakdirkan akan memberi satu rasa sabar, satu rasa diuji, satu rasa takdir untuk aku yang mungkin untuk mengingati wujudnya Allah. Allahuakbar.


Sabar wahai hari... Esok insyaallah ada jalan untuk ku. (Ini bukan drama ya ...) :)


Wassalam 

Mohon Maaf Dari Hati Ikhlasku

Salam Semua

Hari ini macam nak minta maaf kepada semua orang. Semua orang yang pernah bersama aku, sanak-saudara, bersahabat, berkawan, berchatting, berfb dan semua sekali lah. Tak tahu kenapa tapi apapun semuanya maafkan aku.

Aku mendoakan semuanya sekali selamat, sihat dan murah rezeki. Dibantu Allah dalam segala hal.

Wassalam.

Wednesday, May 1, 2013

Part Time Lecturer

Assalammualaikum W.R.H

Saja nak update untuk bermuhasabah diri sendiri. Alhamdulillah syukur doaku termakbul atas kehendakMU Ya Allah. Niat untuk menjadi lecturer termakbul juga. Harap niat & kehendak untuk memiliki selari supaya tidak ditertawakan orang. Harap aku menjadi lecturer yang mampu mendidik dan memberi ilmu sebaiknya.

Ya Allah, berikan aku kekuatan tenaga dan usaha agar aku mampu melakukan yang terbaik. Sesungguh aku memohon dariMu Pahala dan RahmatMU hingga boleh dibawa mati. Ya Allah aku memohon pahala dariMU. Ya Allah aku memohon rezeki dariMU agar boleh membantu isteri dan anak-anakku dan juga kedua ibubapaku.

Amin.

Wednesday, April 25, 2012

Maaf!!

Assalammualaikum W.R.H

Lama benar tidak menulis sesuatu untuk diriku. Tahun ini, inilah kali pertama menulis...

Ya Allah...Dalam aku menjaga hatiku ini Ya Allah, masih juga perkara yang tidak dapat aku elakkan. Hari ini telah berlaku pertengkaran kecil dengan seorang staf disini. Jika hendak diceritakan memang kesalahan itu kecil. Aku dengan dia hanyalah antara pekerja dengan ketua. Maka, bahasa juga seperti ketua dan pekerja. Bukanlah berasa aku ini terlalu bossy, cuma ia berlaku adalah perkara biasa pada aku yang pernah bekerja di dalam keadaan yang lebih kasar bahasanya...lebih kasar sikapnya...lebih mementingkan diri sendiri... 

Ya Allah, hanya dengan perkataan maaf!! Itulah pertikaiannya pada aku. Ini bukan salah tetapi kesilapan yang perlu diperbetulkan. Memang mudah untuk aku melafaz kata maaf tetapi adakah sikapnya itu akan berubah mengikut keadaan. Adakah dengan sekali lafaz kemaafan dapat mengubah keadaan yang lebih. Sedangkan sikap & sifat itu telah terbentuk sepanjang umurnya. Begitu juga diriku Ya Allah, bukan mudah untuk mengubah sesuatu sikap (pa'el) untuk membentuk diri yang baik dalam ertikata yang sebenarnya.

Jika keadaan ini berlaku pada saudara, sahabat dan kawan-kawan terdekat, aku yakin Ya Allah, aku adalah yang mudah memohon maaf. Ringan juga Ya Allah lidahku ini. Walaupun ada kalanya keadaan itu amat amat berat.

Aku mohon hidayah dan kekuatanMu Ya Allah

Amin.

Friday, December 30, 2011

Interview Insan Terpilih

As'salam

Syukur Alhamdullillah Kehadrat Illahi



Ya Allah kau berilah hambamu pandangan 'makrifat' untuk aku memilih bakal pekerja yang berwibawa, berkebolehan dan berdikari untuk dia bergerak dengan sendiri. Harapku Ya Allah, pekerja ini nanti akan memberi pulangan yang menguntungkan oleh syarikat dan Dr Azimuth. Insyaallah.


Yang lebih penting lagi Ya Allah, pekerja ini nanti tidak menjatuhkan reputasiku yang memilihnya. Tinggi rasa hormatnya & beretika dalam tingkahlakunya.


Ya Allah berilah hambamu ini membuat pemilihan yang tepat.


Amin


Saturday, December 17, 2011

~Rahmat Di Sebalik Luka Ku~

As'salam

Syukur Alhamdulillah kehadrat Illahi

Pertemuan ini Ya Allah untuk mengunggap dan memanjat syukur pada Mu, Ya Allah, aku telah mendapat perkerjaan yang bersesuaian dengan jiwa aku. Telah pulih dari lemah dan tidak bermaya atas kesilapan dan ketamakkan sendiri. Namun aku bersyukur kerana ia dapat mengajar pada aku supaya lebih berhati-hati di masa hadapan.

Ya Allah, jawatan ini memberi peluang untuk aku menjadi pelatih, pengajar dan coordinator untuk melatih potensi peniaga dan individu-individu yang berminat untuk membuka perniagaan. Di samping itu Ya Allah, aku bersyukur ia dapat menajamkan skill dan meningkatkan daya kepimpinan di satu bidang yang lain.

Harapan aku Ya Allah, ia dapat meningkatkan aku menjadi individu berguna dan insan yang lebih baik, berkeyakinan tinggi dan juga menjadi seorang yang lebih dinamik. Aku tahu Ya Allah, ia bukan perkara yang mudah, tetapi aku bermohon pada Mu agar permudahkan usahaku dan perkenankan permintaan ini.

Amin