Saturday, December 17, 2011

~Rahmat Di Sebalik Luka Ku~

As'salam

Syukur Alhamdulillah kehadrat Illahi

Pertemuan ini Ya Allah untuk mengunggap dan memanjat syukur pada Mu, Ya Allah, aku telah mendapat perkerjaan yang bersesuaian dengan jiwa aku. Telah pulih dari lemah dan tidak bermaya atas kesilapan dan ketamakkan sendiri. Namun aku bersyukur kerana ia dapat mengajar pada aku supaya lebih berhati-hati di masa hadapan.

Ya Allah, jawatan ini memberi peluang untuk aku menjadi pelatih, pengajar dan coordinator untuk melatih potensi peniaga dan individu-individu yang berminat untuk membuka perniagaan. Di samping itu Ya Allah, aku bersyukur ia dapat menajamkan skill dan meningkatkan daya kepimpinan di satu bidang yang lain.

Harapan aku Ya Allah, ia dapat meningkatkan aku menjadi individu berguna dan insan yang lebih baik, berkeyakinan tinggi dan juga menjadi seorang yang lebih dinamik. Aku tahu Ya Allah, ia bukan perkara yang mudah, tetapi aku bermohon pada Mu agar permudahkan usahaku dan perkenankan permintaan ini.

Amin

No comments: