Start on 28hb-31hb Oct aku betul2 tesion kerja. Ada saja benda nak kena buat itu dan ini. Follow up itu dan ini. Ya Allah berikan ku Kekuatan dan Semangat. Maklum lah kasi can member sambut Deepavali & sorang lagi tu nak kahwin...
Balik rumah jer...tidur tak sedar diri. Bangun pagi malas giler nak bangun, rasa setiap pagi tu macam nak ambil mc. Terpaksa la kuat kan semangat dan paksa diri untuk bangun.
Keratan ini aku copy paste untuk dikonsi bersama:
Seandainya anda berhasrat membaiki penampilan agar lebih bermaya dan ceria, cuba hindari tekanan atau belajar mengendalinya cara lebih baik. Dr Ronald G Nathan, penulis buku The Doctor's Guide to Instant Stress Relief mencadangkan beberapa pendekatan menghilang atau mengurangkan tekanan sama ada di pejabat atau di rumah.
LEBIH SANTAI DI PEJABAT
I . Berlagak seperti pengarah
Bayangkan seolah-olah anda pengarah filem. Jalan ceritanya ada kaitan dengan hidup anda. Pastikan sama ada masalah yang sangat menekan jiwa anda itu perlu dimuatkan dalam 'skrip' filem ini. Jika 'ya', beri arahan kepada diri anda sendiri agar bijak mengendalikan watak. Jangan biarkan diri terlalu ditimpa perasaan sehingga menjejas 'jalan' cerita lain dalam hidup anda.
2. Menjerit
Menurut Dr Dave Rainham daripada Pusat Kesihatan Optima, Ontario, menjerit sekuat-kuat hati berkesan melegakan fikiran bermasalah kerana ia melampiaskan tenaga negatif yang terkurung di dalam badan. Akan tetapi jangan lakukan di tempat terbuka kerana mungkin menimbulkan tanggapan buruk. Sebaik-baiknya kurung diri dalam bilik/sudut terasing, sembam muka pada kusyen dan menangis atau menjerit sekuat hati.
3 . Tarik nafas lega
Belajar kawal perasaan tertekan Sendainya anda perlu menghadiri mesyuarat penting - punca tekanan - tarik nafas panjang dan duduk diam di meja beberapa minit untuk menenangkan fikiran sebelum menyertai mesyuarat.
4 . Lakukan perkara mudah
Lakukan tugasan mudah dan menyeronokkan untuk melupakan masalah serta melegakan tekanan. Misalnya, jika tanggungjawab menyediakan kertaskerja projek baru memeningkan, ketepikan seketika. Lakukan tugas lain dahulu. Misalnya, menganalisis jualan atau merangka strategi promosi barang baru. Apabila fikiran sudah lega, barulah anda sambung tugas terbengkalai.
5 . Rancang cara berfikir
Menurut Pakar Perunding Penta biran New York, Heather Brightor' orang yang bijak mengatur cara berfikir jarang diserang tekanan kerana se suatu tindakan terkawal terhasil daripada cara berfikir yang terancang. Hanya orang yang tidak pandai merancang cara berfikir sering, melakukan tindakan atau perkara sesu'ka hati. Kesannya, mereka sering terjebak dengan masalah dan jika dibiarkan akan, menjadi tekanan.
6. Berani berterus-terang
Jangan terlalu cepat menyanggupi tugasan diberi jika anda sudah mempunyai timbunan kerja yang perlu dibereskan. Berani berterus-terang akan menyelamatkan anda daripada masalah dan tekanan.
7. Tetapkan had pekerjaan
Jangan terlalu ghairah menyiapkan timbunan kerja sehingga mengabaikan mutunya. Justeru, usah buka terlalu banyak fail sehari. Jika anda berjaya menyiapkan satu tugasan selepas jam 3.00 petang, rehat sebentar. Kemudian semak semula tugasan itu. Baiki sebarang kesilapan sebelum meletakkannya diatas meja ketua. Ia akan mengurangkan tekanan kerana kerja anda lebih kemas dan lengkap.
No comments:
Post a Comment